Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan
murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja
untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya
dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai
murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan
agama. Profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan
paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul
Hamid,1998)
Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik
telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Pada tahun 1949 terdapat
satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders’. Di
dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan
profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok
yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat
pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai
mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan
generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion
perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.
No comments:
Post a Comment