Bitara boleh didefinisikan sebagai unggul unik, tiada tolok
bandingannya (UPSI, Pembangunan Sahsiah, 2011). Terdapat 6 nilai yang telah
digariskan bagi membentuk personaliti Bitara iaitu berintegriti, professional,
semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota
serta kreatif dan inovatif. Setiap nilai-nilai bitara ini mempunyai petunjuk
nilai masing-masing yang diharapkan dapat membentuk dan melahirkan individu yang
bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental.
Nilai
Bitara.
1. Berintegriti
Integriti mempunyai
petunjuk nilai yang tersendiri, yang mana antaranya ialah adil, amanah,
berakauntabiliti serta telus. Al-Quran telah merakamkan peristiwa kisah Nabi
Syuib a.s dengan Nabi Musa a.s, Allah
firman dalam Surah al-Qasas juz 28 ayat 26 yang bermaksud :
Salah seorang
daripada kedua-dua berkata : “Wahai ayah,
ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat,
lagi amanah.”
Secara mudah, al-Amin
(amanah) dalam ayat diatas merujuk kepada mukmin, atau dalam istilah
kontemporari al-Amin juga boleh dirujuk sebagai integriti (Pahrol Mohamad Juoi,
2010). Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, guru sebenarnya mempunyai
peranan yang amat besar dalam mencorakkan sistem pendidikan negara. Ilmu dan
amalan guru menjadi cerminan dan impak kepada tahap kualiti dan profesion
keguruan.
2. Profesional dalam Menjalankan Tugas
Menurut Ornstein dan
Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat
dikalangan ahli suatu profesion. Antara ciri dan petunjuk nilai yang terkandung
dalam profesional ialah, iltizam, cintai ilmu, kompeten, dan beretika. Guru merupakan
golongan profesional yang mana mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan
luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri.Guru
adalah nadi kepada sekolah.
Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan
kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada
kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara
ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak
cekap dan tidak berkesan.
Maka
itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi
latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat
mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima
menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat
latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang
tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara
berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajarannya khususnya dan kualiti
pendidikan sekolah amnya.
Menjadi
guru yang berkesan bukanlah hanya dari kecekapannya sahaja, malah dari
aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan
ketrampilannya, mental dan keintelektualannya, kestabilan emosi dan
spiritualnya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang
guru yang berkesan terutamnya dalam bidang pengajaran amat dipengaruhi oleh
tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya;
beriltizam, beretika, mencintai ilmu dan kompeten atau berkualiti dan efisyen
dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Seorang guru yang
berkesan juga seorang guru yang cekap terutamannya dalam bidang pengajaran. Bijak mengawal dan mentadbir kelas walauapapun perkara yang berlaku.
Guru
yang profesional sentiasa mempamerkan kekuatan ilmu dengan keluhuran etika
kerja, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnya di
sekolah setiap masa dan waktu. Prasyarat yang utama ialah dengan kesanggupan
guru-guru mengubah paradigma, stail berfikir, dan bertindak secara professional
dan tidak mudah berputus asa terutamanya dalam meningkatkan pencapaian sekolah
dan memperbaiki kualiti pengajarannya.Penguasaan ilmu memerlukan pembacaan yang
luas dan pengkajian yang berterusan. Kemampuan guru sedemikian akan dapat
membina keyakinan dikalangan murid dan ibubapa (Wan Mohd Nor Daud, 2003).
Apabila keyakinan ini wujud, maka ilmu yang disampaikan oleh guru akan menjadi
lebih mudah walaupun sebenarnya agak sukar untuk difahami.Guru yang profesional
sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu, beretika kerja, kesungguhan dan
komitmen yang tinggi kepada kualiti dan kesempuraan tugasnya di sekolah setiap
masa dan tidak mengenal erti jemu.
Guru
yang beriltizam dan berjiwa waja tidak
mudah mengaku kalah dalam bidang kerja dan kehidupannya. Sentiasa bersikap
optimistik dalam semua tindakan, berpandangan jauh dan sedia belajar dari
kesilapan diri dan orang lain. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran,
guru-guru diharap dapat mengekalkan pengaruhnya terhadap murid melalui
kemantapan ilmu, kemahiran yang dimiliki oleh guru. Bukan sahaja guru berusaha
memantapkan diri dengan ilmu, tetapi berusaha menterjemah ilmu yang ada untuk
diaplikasikan kepada murid-murid. Begitu juga dalam mengekalkan minat murid
supaya menguasai teori ilmu pengetahuan dan seterusnya melakukan amalan melalui
latihan sehingga menjadi mahir atau cemerlang. Dalam kata lain ilmu dan amalan
seharusnya bermakna bagi mereka (Abdul Halim Muhammady, 1986).
Guru
perlulah mempunyai akauntabiliti yang tinggi iaitu, terhadap negara, profesion,
murid-murid, ibu bapa, dan diri sendiri.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengikut rancangan yang telah
ditetapkan sama ada di peringkat sekolah, jabatan mahupun kementerian. Ia
haruslah mengikut garis-garis dan panduan yang telah ditetapkan.Segala arahan
hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Guru
yang berakauntabiliti sentiasa menepati
waktunya terutamanya dalam memenuhi keperluan muridnya. Tidak mudah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang pengajar hanya sekadar ingin memenuhi
keperluan emosi seperti rasa lapar dan keperluan-keperluan lain.
Bekas
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata,
dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat
dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang.
Konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam
aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi
keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka.
Kemampuan guru akan dapat
membina keyakinan dikalangan murid dan ibu bapa (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2003).
3. Sentiasa Bersifat Kreatif Dan Inovatif.
Kreatif dimaksudkan
sebagai kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea. Seorang guru
yang berkesan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang kreatif dan
inovatif. Guru yang mengamalkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja
perlu menghasilkan dan mencipta benda baru, tetapi yang penting seorang guru
amat penting mengkaji, menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
anak didiknya.
Seorang
guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mencuba benda-benda dan idea-idea baru
untuk menarik minat murid-muridnya dalam
pengajaran dan pembelajaran.Seorang guru yang berkesan sentiasa merebut
peluang yang ada untuk penambahbaikan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga
kepada murid-murid khususnya dan pihak sekolah amnya. Ilmu yang diperolehi
dapat dikongsi dan diguna bersama bagi memajukan diri dan sekolah. Cepat
berpuas hati dengan keadah pedagogi tanpa berusaha mencari perubahan amat membawa
kesan buruk kepada individu guru dan sekolah.
4. Semangat Berpasukan.
Semangat berpasukan
merupakan salah satu ciri yang terkandung dalam nilai-nilai Bitara. Ia
merupakan sekelompok modal insanyang tolong-menolong di bawah satu kepimpinan
untuk mencapai matlamat dalam jangka masa tertentu dan kaedah tertentu
(Pembangunan Sahsiah, 2011). Semangat berpasukan ialah unsur yang
menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti.
Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan
secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang
diperkenalkan oleh jabatan.
Di
sekolah, guru-guru yang berkesan bersama-sama meningkatkan keputusan sekolah
berada ditahap yang cemerlang. Bekerjasama di peringkat panitia, sekolah,
Pejabat Pelajaran, dan Jabatan Pelajaran dengan satu matlamat iaitu mencapai
kecemerlangan. Guru yang berkesan, berusaha merangka dan mencari idea-idea baru
bersama-sama rakan sejawat yang lain
untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan seterusnya mewujudkan iklim
sekolah yang kondusif.
Guru yang berkesan di
dalam kelas, sentiasa menyatukan murid-murid tidak mengira agama dan bangsa.
Guru berusaha mewujudkan semangat berpasukan dalam aktiviti kumpulan,
hormat-menghormati, saling bertukar-tukar pendapat, fahaman, pemilikiran dan
sebagainya. Murid-murid dipupuk dengan semangat cintakan dan bangga dengan
sekolah dan menjadikan sekolah sebagai rumah kedua. Guru boleh merujuk Model
Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model yang dibina oleh T.W Tuckman
pada tahun 1965 bagi mewujudkan semangat berpasukan di dalam bilik darjah.
5. Prihatin Kebajikan
Anggota.
Guru juga merupakan
keluarga pengganti bagi murid-murid di sekolah guru yang berkesan sentiasa
prihatin muridnya, mengetahui setiap masalah dan mengambil berat bukan
bermaksud suka mencampuri urusan orang lain, tetapi sebagai salah satu kaedah
mendekatkan diri kepada murid dan memahami sifat, kebolehan dan kekurangan
seorang murid. Dalam nilai bitara telah digariskan bahawa guru yang prihatin
akan kebajikan anggota yakni murid dan rakan sejawat haruslah mempunyai rasa
empati, penghargaan, selesa dengan persekitaran dan mengambil peluang untuk
maju kehadapan.
Apabila melakukan
aktiviti di dalam kelas, guru yang bekesan sentiasa memberikan penghargaan yang
mana juga disebut sebagai peneguhan positif. Peneguhan positif boleh
didefinisikan sebagai ganjaran, pujian, hadiah atau penghargaan yang diberi
menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa
akan datang. Nilai ini boleh dikaitan dengan pelaziman operan yang dikemukakan
oleh dua orang tokoh iaitu Edward Thorndike (1874-1949) dan B.F.Skinner
(1904-1990).
No comments:
Post a Comment