Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini
perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk
mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan
pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa
ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Menurut Bernama dalam
temu bual dengan fellow Rundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) ( ahmadjais@ikim.gov.my ) menyatakan bahawa professional adalah seseorang yang bertugas
dalam satu bidang atau profesion yang memenuhi kriteria berikut:
- . Bidang tugas itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran pada tahap tertentu yang diperolehi menerusi pendidikan formal dan bukan formal.
- Bidang tugas itu dikawalselia oleh sebuah badan, pertubuhan atau persatuan, yang mengkhusus dalam membangunkan tugas itu.
- Tugas itu memanfaatkan masyarakat, dalam menyediakan khidmat dan produk tanpa menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat dan alam sekitar.
Berdasarkan sumber yang sama, penulis turut
menyatakan bahawa para profesional perlu
sentiasa mencari jalan dalam membina jati diri, amanah, berpegang kepada
keputusan, dan sebagainya yang akan memuliakan lagi profesion masing-masing. Hal ini selari dengan kata-kata hikmah Nabi
Muhammad s.a.w yang menggalakkan sebarang usaha mencari ilmu dari lahir hingga
akhir riwayat. Pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan perlu
digalakkan dalam masyarakat kita, khasnya di kalangan profesional. Pembelajaran
sepanjang hayat dan pendidikan berterusan haruslah mudah dan murah untuk
dicapai.
No comments:
Post a Comment