Friday, 13 March 2015

Pengalaman Latihan Mengajar.


Selama menjalani Latihan Mengajar di SM Sains Tapah, bermacam dugaan, bermacam kenangan pahit dan manis dilalui. Sudah pastilah dugaan-dugaan itu mendatangkan kesan kepada saya sebagai seorang yang masih hijau dalam dunia pendidikan. Pengalaman berhadapan dengan murid Berasrama Penuh sememangnya agak menduga kemahiran dan pengetahuan saya sebagai seorang guru pelatih. antara aktiviti yang saya sertai dan tidak dapat dilupakan adalah ketika pertama kali saya menjalani Amali Penyembelihan untuk murid Tingkatan 4. Amali ini dijalankan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha tahun lalu. Ketika ini, saya ditugaskan sebagai AJK Peralatan dan Logistik. Membayangkan amanah yang saya pikul yang mana sepatutnya kerja-kerja penyelenggaraan peralatan dilakukan oleh guru lelaki, tetapi saya cuba juga menyahut cabaran ini. 




Antara aktiviti Majlis Qurban dan Akikah SESTA 2014
Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman lepas sebagai seorang Pengakap Raja Negeri Pahang, saya tidak ragu-ragu untuk meneliti segala peralatan yang diperlukan untuk kegunaan majlis. Murid yang terlibat bagi membantu saya kebanyakkannya terdiri dari murid lelaki. Kali ini, kemahiran saya sekali lagi diuji apabila murid meminta saya mengajarkan cara mengnasah kapak. Saya memang tidak mahir dalam mengendalikan kapak, tetapi dengan pengalaman saya mengendalikan Kursus Kapak ketika sekolah dahulu dan dengan bekalan memori ingat-ingat lupa akhirnya alhamdulillah, saya berjaya mengajar murid teknik dan cara yang betul untuk mengasah barang-barang tajam seperti kapak, parang dan pisau pemotong yang akan digunakan oleh unit lain ketika majlis nanti.

No comments:

Post a Comment