Friday, 13 March 2015

Pengalaman Latihan Mengajar.


Selama menjalani Latihan Mengajar di SM Sains Tapah, bermacam dugaan, bermacam kenangan pahit dan manis dilalui. Sudah pastilah dugaan-dugaan itu mendatangkan kesan kepada saya sebagai seorang yang masih hijau dalam dunia pendidikan. Pengalaman berhadapan dengan murid Berasrama Penuh sememangnya agak menduga kemahiran dan pengetahuan saya sebagai seorang guru pelatih. antara aktiviti yang saya sertai dan tidak dapat dilupakan adalah ketika pertama kali saya menjalani Amali Penyembelihan untuk murid Tingkatan 4. Amali ini dijalankan sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha tahun lalu. Ketika ini, saya ditugaskan sebagai AJK Peralatan dan Logistik. Membayangkan amanah yang saya pikul yang mana sepatutnya kerja-kerja penyelenggaraan peralatan dilakukan oleh guru lelaki, tetapi saya cuba juga menyahut cabaran ini. 




Antara aktiviti Majlis Qurban dan Akikah SESTA 2014
Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman lepas sebagai seorang Pengakap Raja Negeri Pahang, saya tidak ragu-ragu untuk meneliti segala peralatan yang diperlukan untuk kegunaan majlis. Murid yang terlibat bagi membantu saya kebanyakkannya terdiri dari murid lelaki. Kali ini, kemahiran saya sekali lagi diuji apabila murid meminta saya mengajarkan cara mengnasah kapak. Saya memang tidak mahir dalam mengendalikan kapak, tetapi dengan pengalaman saya mengendalikan Kursus Kapak ketika sekolah dahulu dan dengan bekalan memori ingat-ingat lupa akhirnya alhamdulillah, saya berjaya mengajar murid teknik dan cara yang betul untuk mengasah barang-barang tajam seperti kapak, parang dan pisau pemotong yang akan digunakan oleh unit lain ketika majlis nanti.

Aspek Keguruan Sebagai Satu Profesion


Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).

Menurut Mok Soon Sang ( 1996 ), menjelaskan profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Manakala, menurut Awang Had Salleh (1980 ), negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion.

Berikut merupakan aspek-aspek keguruan yang boleh dianggap sebagai satu profesion.

 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.

Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.

Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
 

Mempertingkatkan Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.


 rujukan:
 Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.


Kod etika professional.


Definisi Etika
 Gluck (1986 : 176) telah mendefinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".

        Etika mempunyai  banyak maksud.Antaranya adalah  satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. 

     
Buku Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadi garis panduan kepada guru dalam bidang pendidikan


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ia juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Bukan itu sahaja, guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kod etika professional juga adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Secara dasarnya kod etika ini berfungsi sebagai:
  •          Inspirasi dan panduan

 Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik. Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
  •  Pencegahan Dan Disiplin

Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesbuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.



  • ·         Memelihara Maruah Profesyen

Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing. Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiap ahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa ke semasa.

  •          Memelihara Keharmonian

 Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya
  •          Sokongan

Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan.Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan yang bertentangan dengan etika professional syarikat berkenaan.




 rujukan: 

Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur

NIlai-Nilai Bitara

Bitara boleh didefinisikan sebagai unggul unik, tiada tolok bandingannya (UPSI, Pembangunan Sahsiah, 2011). Terdapat 6 nilai yang telah digariskan bagi membentuk personaliti Bitara iaitu berintegriti, professional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Setiap nilai-nilai bitara ini mempunyai petunjuk nilai masing-masing yang diharapkan dapat membentuk dan melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental.

Nilai Bitara.

            1. Berintegriti
Integriti mempunyai petunjuk nilai yang tersendiri, yang mana antaranya ialah adil, amanah, berakauntabiliti serta telus. Al-Quran telah merakamkan peristiwa kisah Nabi Syuib a.s  dengan Nabi Musa a.s, Allah firman dalam Surah al-Qasas juz 28 ayat 26 yang bermaksud :
Salah seorang daripada kedua-dua berkata : “Wahai ayah, ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi amanah.”

Secara mudah, al-Amin (amanah) dalam ayat diatas merujuk kepada mukmin, atau dalam istilah kontemporari al-Amin juga boleh dirujuk sebagai integriti (Pahrol Mohamad Juoi, 2010). Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, guru sebenarnya mempunyai peranan yang amat besar dalam mencorakkan sistem pendidikan negara. Ilmu dan amalan guru menjadi cerminan dan impak kepada tahap kualiti dan profesion keguruan.

2.  Profesional dalam Menjalankan Tugas
             Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dikalangan ahli suatu profesion. Antara ciri dan petunjuk nilai yang terkandung dalam profesional ialah, iltizam, cintai ilmu, kompeten, dan beretika. Guru merupakan golongan profesional yang mana mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri.Guru adalah nadi kepada sekolah. 

                 Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan.

            Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajarannya khususnya dan kualiti pendidikan sekolah amnya.

              Menjadi guru yang berkesan  bukanlah  hanya dari kecekapannya sahaja, malah dari aspek profesionalismenya, prinsipnya, keutuhan keperibadiannya, kecekapan dan ketrampilannya, mental dan keintelektualannya, kestabilan emosi dan spiritualnya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya. Oleh itu menjadi seorang guru yang berkesan terutamnya dalam bidang pengajaran amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya; beriltizam, beretika, mencintai ilmu dan kompeten atau berkualiti dan efisyen dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Seorang guru yang berkesan juga seorang guru yang cekap terutamannya dalam bidang pengajaran.  Bijak mengawal dan mentadbir kelas walauapapun  perkara yang berlaku.

          Guru yang profesional sentiasa mempamerkan kekuatan ilmu dengan keluhuran etika kerja, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnya di sekolah setiap masa dan waktu. Prasyarat yang utama ialah dengan kesanggupan guru-guru mengubah paradigma, stail berfikir, dan bertindak secara professional dan tidak mudah berputus asa terutamanya dalam meningkatkan pencapaian sekolah dan memperbaiki kualiti pengajarannya.Penguasaan ilmu memerlukan pembacaan yang luas dan pengkajian yang berterusan. Kemampuan guru sedemikian akan dapat membina keyakinan dikalangan murid dan ibubapa (Wan Mohd Nor Daud, 2003). Apabila keyakinan ini wujud, maka ilmu yang disampaikan oleh guru akan menjadi lebih mudah walaupun sebenarnya agak sukar untuk difahami.Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu, beretika kerja, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada kualiti dan kesempuraan tugasnya di sekolah setiap masa dan tidak mengenal erti jemu.

          Guru yang beriltizam  dan berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam bidang kerja dan kehidupannya. Sentiasa bersikap optimistik dalam semua tindakan, berpandangan jauh dan sedia belajar dari kesilapan diri dan orang lain. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diharap dapat mengekalkan pengaruhnya terhadap murid melalui kemantapan ilmu, kemahiran yang dimiliki oleh guru. Bukan sahaja guru berusaha memantapkan diri dengan ilmu, tetapi berusaha menterjemah ilmu yang ada untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Begitu juga dalam mengekalkan minat murid supaya menguasai teori ilmu pengetahuan dan seterusnya melakukan amalan melalui latihan sehingga menjadi mahir atau cemerlang. Dalam kata lain ilmu dan amalan seharusnya bermakna bagi mereka (Abdul Halim Muhammady, 1986).

Guru perlulah mempunyai akauntabiliti yang tinggi iaitu, terhadap negara, profesion, murid-murid,  ibu bapa, dan diri sendiri. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengikut rancangan yang telah ditetapkan sama ada di peringkat sekolah, jabatan mahupun kementerian. Ia haruslah mengikut garis-garis dan panduan yang telah ditetapkan.Segala arahan hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Guru yang berakauntabiliti  sentiasa menepati waktunya terutamanya dalam memenuhi keperluan muridnya. Tidak mudah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pengajar hanya sekadar ingin memenuhi keperluan emosi seperti rasa lapar dan keperluan-keperluan lain.

Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang. Konsep  itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka. Kemampuan  guru akan dapat membina keyakinan dikalangan murid dan ibu bapa (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2003).

3.  Sentiasa Bersifat Kreatif Dan Inovatif.

          Kreatif dimaksudkan sebagai kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea. Seorang guru yang berkesan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Guru yang mengamalkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja perlu menghasilkan dan mencipta benda baru, tetapi yang penting seorang guru amat penting mengkaji, menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu  pengetahuan kepada anak didiknya.

          Seorang guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mencuba benda-benda dan idea-idea baru untuk menarik minat murid-muridnya dalam  pengajaran dan pembelajaran.Seorang guru yang berkesan sentiasa merebut peluang yang ada untuk penambahbaikan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga kepada murid-murid khususnya dan pihak sekolah amnya. Ilmu yang diperolehi dapat dikongsi dan diguna bersama bagi memajukan diri dan sekolah. Cepat berpuas hati dengan keadah pedagogi tanpa berusaha mencari perubahan amat membawa kesan buruk kepada individu guru dan sekolah.

4. Semangat Berpasukan.

        Semangat berpasukan merupakan salah satu ciri yang terkandung dalam nilai-nilai Bitara. Ia merupakan sekelompok modal insanyang tolong-menolong di bawah satu kepimpinan untuk mencapai matlamat dalam jangka masa tertentu dan kaedah tertentu (Pembangunan Sahsiah, 2011). Semangat berpasukan ialah unsur yang menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti yang diperkenalkan oleh jabatan.

Di sekolah, guru-guru yang berkesan bersama-sama meningkatkan keputusan sekolah berada ditahap yang cemerlang. Bekerjasama di peringkat panitia, sekolah, Pejabat Pelajaran, dan Jabatan Pelajaran dengan satu matlamat iaitu mencapai kecemerlangan. Guru yang berkesan, berusaha merangka dan mencari idea-idea baru bersama-sama  rakan sejawat yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan seterusnya mewujudkan iklim sekolah yang kondusif.

         Guru yang berkesan di dalam kelas, sentiasa menyatukan murid-murid tidak mengira agama dan bangsa. Guru berusaha mewujudkan semangat berpasukan dalam aktiviti kumpulan, hormat-menghormati, saling bertukar-tukar pendapat, fahaman, pemilikiran dan sebagainya. Murid-murid dipupuk dengan semangat cintakan dan bangga dengan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai rumah kedua. Guru boleh merujuk Model Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model yang dibina oleh T.W Tuckman pada tahun 1965 bagi mewujudkan semangat berpasukan di dalam bilik darjah.

5.  Prihatin Kebajikan Anggota.

      Guru juga merupakan keluarga pengganti bagi murid-murid di sekolah guru yang berkesan sentiasa prihatin muridnya, mengetahui setiap masalah dan mengambil berat bukan bermaksud suka mencampuri urusan orang lain, tetapi sebagai salah satu kaedah mendekatkan diri kepada murid dan memahami sifat, kebolehan dan kekurangan seorang murid. Dalam nilai bitara telah digariskan bahawa guru yang prihatin akan kebajikan anggota yakni murid dan rakan sejawat haruslah mempunyai rasa empati, penghargaan, selesa dengan persekitaran dan mengambil peluang untuk maju kehadapan.


        Apabila melakukan aktiviti di dalam kelas, guru yang bekesan sentiasa memberikan penghargaan yang mana juga disebut sebagai peneguhan positif. Peneguhan positif boleh didefinisikan sebagai ganjaran, pujian, hadiah atau penghargaan yang diberi menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa akan datang. Nilai ini boleh dikaitan dengan pelaziman operan yang dikemukakan oleh dua orang tokoh iaitu Edward Thorndike (1874-1949) dan B.F.Skinner (1904-1990).




Cara Mempertingkatkan Profesionalisme


Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Menurut  Bernama dalam temu bual dengan fellow Rundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ( ahmadjais@ikim.gov.my ) menyatakan bahawa  professional adalah seseorang yang bertugas dalam satu bidang atau profesion yang memenuhi kriteria berikut:
  • .     Bidang  tugas itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran pada tahap tertentu yang diperolehi menerusi pendidikan formal dan bukan formal.
  •      Bidang  tugas itu dikawalselia oleh sebuah badan, pertubuhan atau persatuan, yang mengkhusus dalam membangunkan tugas itu.
  •   Tugas  itu memanfaatkan masyarakat, dalam menyediakan khidmat dan produk tanpa menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat dan alam sekitar.


 Berdasarkan sumber yang sama, penulis turut menyatakan bahawa  para profesional perlu sentiasa mencari jalan dalam membina jati diri, amanah, berpegang kepada keputusan, dan sebagainya yang akan memuliakan lagi profesion masing-masing.  Hal ini selari dengan kata-kata hikmah Nabi Muhammad s.a.w yang menggalakkan sebarang usaha mencari ilmu dari lahir hingga akhir riwayat. Pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan perlu digalakkan dalam masyarakat kita, khasnya di kalangan profesional. Pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan haruslah mudah dan murah untuk dicapai.

Siapakah Golongan Profesional

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan.  Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta  tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Profesion  keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Pada tahun 1949 terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders’. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.


Lagu Sekolah SM SAINS Tapah

Lagu Sekolah


Kami teguh berdiri

Tekad semangat waja

Mendukung cita murni

Citra semarak jaya


Berdisiplin untuk maju

Berilmu teras panduan

Bertaqwa insan mulia

Wawasan kita semua


Gagah perkasa, azam membara

Kami peneraju negara

Bersama kita berganding bahu

Mendukung cita-cita dan berjaya

Gapai puncak gemilang dengan jaya